KOMPONEN : BAHASA DAN KOMUNIKASI
MATA PELAJARAN : BAHASA MALAYSIA.
A. MATLAMAT
Supaya kanak-kanak dapat menguasai kemahiran-kemahiran seperti berikut:
· Kemahiran mendengar - kanak-kanak boleh membezakan
bunyi dan boleh memahami apa yang didengar.
· Kemahiran bertutur - murid dapat menyebut bunyi dan
perkataan dengan betul serta dapat menyatakan pemikiran
dan perasaan mereka secara berkesan dan bertatasusila.
· Kemahiran membaca - murid boleh mengucapkan apa
yang tertulis dan bercetak dan memahami makna
perkataan atau ayat yang dibaca.
· Kemahiran menulis - murid dilatih untuk menguasai motor
halus sehingga boleh menuliskan huruf dan perkataan dan
seterusnya menulis ayat mudah.
B. SUKATAN PELAJARAN
a) LISAN :-
1. Membiasakan murid-murid dengan lafaz yang baik, seperti :
- Selamat Pagi
- Apa Khabar
- Terima Kasih
- Minta Maaf
2. Membezakan bunyi-bunyi :
- Binatang
- Kenderaan
- Orang menangis.
3. Menamakan benda-benda maujud.
4. Menerangkan bentuk-bentuk asas, warna dan saiz.
5. Melakukan sesuatu permintaan yang mudah dengan bahasa yang betul dan tepat.
b) BACAAN
1. Mengenal huruf-huruf mengikut bentuk yang seakan-akan sama.
Contoh : b dan d, p dan q
2. Membunyikan suku kata-suku kata terbuka.
3. Membatang perkataan.
4. Membaca ayat mudah.
c) TULISAN
1. Latihan pergerakan tangan.
2. Menguasai pergerakan tangan secara bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna.
3. Latihan mata – dari kiri ke kanan / atas ke bawah.
4. Koordinasi mata dan tangan.
5. Menekap huruf-huruf yang diajar.
6. Menulis bentuk-bentuk huruf.
7. Menulis suku kata.
8. Menulis perkataan mudah.
KOMPONEN :
PERKEMBANGAN KOGNITIF
MATA PELAJARAN : MATEMATIK
A.
MATLAMAT
1.
Memberi
pengalaman kepada murid-murid mengenai konsep angka berasaskan pengalaman
harian.
2.
Membolehkan
murid-murid mendapat pengalaman mengenai persekitaran mereka dan hubungannya
dengan angka.
3.
Membolehkan
murid-murid mengenal bentuk-bentuk dalam matematik berasaskan pengalaman
harian.
4.
Berfikir
secara logik-matematik melalui manipulasi objek secara konkrit;
B.
SUKATAN PELAJARAN
1. Mengenal 1-10
(termasuk menulis angka-angka tersebut).
2. Mengenal
bentuk-bentuk geometri.
3. Konsep saiz dan
ukuran.
4. Konsep siri.
5. Konsep nilai.
6. Konsep tambah atau
tolak dengan nilai 1-10.
C.
PELAKSANAAN
1.
Menyediakan
benda-benda yang sama jenis – untuk konsep pengajaran himpunan set.
2.
Mengajar
saiz : besar, kecil, panjang, pendek, tinggi dan rendah.
3.
Mengajar
konsep nilai dengan menunjukkan kad-kad imbasan yang mempunyai nilai-nilai
tertentu.
4.
Mengajar
konsep tambah dan tolak dengan cara menggunakan benda-benda maujud dan kad-kad
angka.
KOMPONEN : PERKEMBANGAN KOGNITIF
MATA PELAJARAN : ASAS SAINS
A.
MATLAMAT.
1.
Memperkenalkan
konsep sains dan fungsinya dalam alam sekitar dengan
perbuatan manusia.
2. Memperkenalkan konsep membesar dan mengecil.
3. Memperkenalkan konsep panas, sejuk, kering basah dan alam sekitar.
4. Memperkenalkan tempat tinggal manusia dan haiwan.
5. Memperkenalkan makanan
manusia.
6. Memperkembangkan sikap ingin tahu dan suka
menyiasat kanak-kanak
7. Memperkembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kehidupan
seharian.
B.
SUKATAN PELAJARAN.
1.
Kecil
dan besar dalam alam sekitar (bumi, langit, air, tanah dan sebagainya) dan
‘man-made-environment’.
2.
Prinsip membesar.
3.
Panas,
sejuk, kering dan basah.
4.
Tempat
tinggal manusia, haiwan dan perbezaan-perbezaannya.
5.
Makanan
manusia – jenis-jenis makanan, proses pemakanan.
6.
Bagi
kanak-kanak untuk mengkaji sesuatu experiment.
C.
PELAKSANAAN.
1.
Gunakan
alam sekitar prasekolah untuk menerangkan konsep saiz atau gambar-gambar benda
hidup yang berbeza saiz.
2.
Prinsip
membesar – tumbesaran biji benih (melalui ujikaji).
3.
Panas
dan sejuk – gunakan ais dan air. Gunakan jangkasuhu untuk melihat perbezaan
suhu.
4.
Cuaca –
gambar-gambar di musim panas, kering dan atau hujan dan terangkan
aktiviti-aktiviti di musim-musim yang tertentu ini.
5.
Gunakan
gambar-gambar untuk menerangkan tempat-tempat tinggal manusia berbagai-bagai
jenis tempat tinggal.
6.
Makanan
– bahagikan makanan yang boleh didapati dari binatang dan dari tumbuhan.
KOMPONEN :
KREATIVITI DAN ESTETIKA
MATA PELAJARAN :
SENI VISUAL
A.
MATLAMAT
·
Menikmati
keindahan alam melalui persembahan kreatif;
·
Menggunakan
bahan semula jadi dan kitar semula secara kreatif
·
Melahirkan
peasaan secara kreatif; dan
·
Menghargai warisan budaya.
B.
SUKATAN PELAJARAN
1.
Lukisan
2.
Catan
3.
Kolaj
4.
Cetakan
5.
Capan
6.
Lipatan dan guntingan
7.
Lipatan dan celupan
8.
Drama
9.
Muzik,
nyanyian dan pergerakan kreatif
C.
PELAKSANAAN
1.
Teknik
yang digunakan untuk pengajaran adalah mengikut daya kreativiti guru-guru.
KOMPONEN :
BAHASA DAN KOMUNIKASI
MATA PELAJARAN :
BAHASA INGGERIS.
A.
MATLAMAT
Memperkenalkan dan
mengajar asas Bahasa Inggeris supaya dapat digunakan pada masa hadapan.
B.
SUKATAN
PELAJARAN.
1.
Mengenal
diri sendiri – nama, jantina, umur dan anggota badan.
2.
Mengenal warna-warna asas.
3.
Mengenal
angka 1-10 dalam Bahasa Inggeris.
4.
Mengenal
konsep saiz dan perbezaannya.
5.
Konsep masa.
C.
PELAKSANAAN.
1.
Dalam
mata pelajaran ini, guru boleh menggunakan teknik :
i. Lisan.
ii. Kad-kad imbasan atau
benda-benda di sekeliling prasekolah.
iii. Slide show.
iv. Lakonan.
2.
Teknik
yang digunakan bergantung kepada kebolehan murid-murid sama ada cepat atau
lambat menerima pengajaran.
KOMPONEN :
PENDIDIKAN KEROHANIAN DAN MORAL
MATA PELAJARAN :
PENDIDIKAN ISLAM
A.
MATLAMAT
1.
Membekalkan
murid dengan pengetahuan asas Islam dalam agama yang merangkumi ilmu Tauhid,
Fiqah, Tasawwuf dan Sejarah Islam.
2.
Menanamkan
rasa cinta dan taat kepada Allah serta mewujudkan rasa hubungan langsung
dengan-Nya dalam setiap perlakuan di dunia.
3.
Memahamkan
murid akan hubungan manusia dan alam dengan Pencipta serta kaitan kehidupan di
dunia dengan akhirat.
4.
Membina
peribadi mukmin yang beriman, bertaqwa, berilmu, berakhlak mulia dan beramal
soleh kerana Allah semata-mata.
5.
Memastikan
murid mengamalkan adab-adab serta cara hidup Islam yang syumul dengan
mengambilnya dari sumber-sumber Islam, terutama Al-Quran dan Al-Hadis.
6.
Menyuburkan
rasa cinta dan kasih kepada Nabi Muhammad melalui penceritaan riwayat hidup dan
sifat-sifat baginda yang terpuji.
7.
Menjadikan
Nabi Muhammad dan sunnah baginda sebagai model untuk diteladani dalam segenap
aspek kehidupan.
B.
SUKATAN PELAJARAN
1. Aqidah (merangkumi
Rukun Iman dan Rukun Islam)
2. Ibadah
3. Akhlak
4. Sirah
C.
PELAKSANAAN
1.
Guru membacakan serta menerangkan ayat-ayat
Al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah yang berkaitan dengan pelajaran Aqidah,
Ibadah, Akhlak dan Sirah.
2.
Guru
mengajar dan melatih murid melakukan ibadah-ibadah khusus dan sunat dalam
Islam, secara individu dan kumpulan.
3.
Murid
mempraktikkan cara berwudhuk dengan sempurna dan solat secara berjemaah.
4.
Murid
berlatih membaca doa-doa tertentu selepas solat, wirid/zikir dan doa-doa harian
sehingga lancar, secara individu dan secara beramai-ramai.
5.
Guru
menjelaskan sifat-sifat Allah swt, sifat-sifat Rasul dan perkara-perkara
sam’iyyat menerusi cerita-cerita yang bersesuain dengan tahap murid.
6.
Murid
menghafal Rukun Iman, Rukun Islam, 99 nama Allah swt, nama-nama 25 Rasul,
sifat-sifat Allah dan sebagainya melalui nasyid yang diajar oleh guru.
7.
Guru
menceritakan riwayat hidup Rasulullah dan sifat-sifat terpuji baginda yang
patut diamalkan oleh setiap muslim.
8.
Guru
mendidik murid berakhlak mulia dengan menerangkan adab-adab dalam Islam,
sifat-sifat mahmudah dan mazmumah melalui contoh-contoh khusus, gambar-gambar,
cerita-cerita agama dan kisah-kisah teladan yang menarik.
9.
Murid-murid
melakonkan watak-watak yang bersifat mahmudah atau mazmumah dengan bimbingan
guru (main peranan).
10.
Guru
dan murid sama-sama mempraktikkan sunnah Nabi/cara hidup Islam sekadar
termampu.
11.
Guru
menguji kefahaman dan ingatan murid menerusi sesi soal jawab dan pelbagai
latihan.
KOMPONEN :
PENDIDIKAN KEROHANIAN DAN MORAL
MATA PELAJARAN :
PENDIDIKAN MORAL
A. MATLAMAT
i. Memahami dan menyatakan nilai-nilai murni
masyarakat
Malaysia
ii. Mengamalkan tabiat dan perlakuan yang bermoral
dalam kehidupan
seharian
iii. Menyatakan sebab sesuatu
keputusan dan tindakan dibuat.
B.SUKATAN PELAJARAN
1. Menjaga kebersihan fizikal dan mental
2. Mengamalkan sifat rajin
3. Menjaga kehormatan
diri
4. Memupuk kasih sayang
5. Memupuk kejujuran
6. Mengamalkan sikap berdikari
7. Memupuk semangat keberanian
8. Memupuk sikap baik
hati
9. Berlaku adil
10. Memupuk sikap berdisiplin
11. Memupuk sikap sabar
12. Menunjukkan sikap
kasih sayang terhadap keluarga
13. Hormat dan taat kepada
anggota keluarga
14. Bertanggungjawab terhadap
keluarga
15. Hormat dan menghormati
16. Semangat bermasyarakat
17. Bertolak ansur dalam
masyarakat
18. Menjaga kebersihan
dan keindahan persekitaran
19. Menyayangi alam sekitar
20. Hormat dan setia kepada
Raja dan pemimpin Negara
21. Patuh kepada peraturan
dan undang-undang
22. Cintakan Negara
23. Mengekalkan keamanan
dan perpaduan
C.PELAKSANAAN
1.
Mengajar nilai moral melalui bercerita.
2.
Mengajar melalui pengalaman kanak-kanak.
3.
Memberi contoh nilai moral.
Memberi latihan tentang nalai moral.