MATA PELAJARAN : ASUHAN MEMBACA AL-QURAN
A.
MATLAMAT
Untuk memperkenalkan semua huruf-huruf
hijaiyah, bentuk huruf dan sebutannya dan persediaan untuk membaca Al-Quran.
B.
SUKATAN PELAJARAN
Pembacaan
menggunakan kaedah Iqra’ dari Buku 1 – Buku 6.
C.
PELAKSANAAN.
1. Murid-murid
dikumpulkan dalam kumpulan lebih kecil dengan nisbah guru : murid maksima 1 :
5.
2. Murid-murid
dibekalkan dengan buku-buku Iqra’ 1-6.
3. Pembacaan
dimulakan dengan buku 1 dan seterusnya 2, 3, 4, 5 dan 6 mengikut kemahiran.
4. Menggunakan
Bahan Bantu Mengajar (BBM) seperti kad imbasan atau kemudahan ICT. Tulisan-tulisan
yang besar dan jelas digunakan.
5. Aktiviti-aktiviti
menambahkan kemahiran seperti penulisan dan menggunakan ‘plastisin’ bagi
membentuk huruf-huruf.
MATA PELAJARAN : BAHASA CINA
A. MATLAMAT
Untuk memperkenalkan dan mengajar murid-murid bahasa cina
untuk kehidupan seharian.
B. SUKATAN
PELAJARAN
1. Mengenal diri sendiri
– nama, jantina, umur dan anggota badan.
2. Mengenal warna-warna asas.
3. Mengenal angka 1-10
dalam Bahasa Cina.
4. Mengenal konsep saiz
dan perbezaannya.
5. Konsep masa.
C. PELAKSANAAN.
1. Murid-murid dibekalkan dengan sebuah buku bahasa cina
setiap seorang.
2. Guru membaca dan kanak-kanak mengikut bacaan guru.
Setelah seorang murid telah lancar bacaannya, barulah dipindahkan ke baca
seseorang.
3. Guru menyemak bacaan murid dan hafalan setiap daripada
mereka supaya bacaan dan hafalan kanak-kanak adalah lancar.
4. Guru akan pastikan kanak-kanak akan faham dan hafal
setiap sebutan.
MATA PELAJARAN : ICT
A.
MATLAMAT
1.
Untuk
memperkenalkan kanak-kanak kepada asas-asas ICT.
2.
Menanam
rasa minat dan cinta kanak-kanak kepada bidang ICT.
3.
Menanam
minat kanak-kanak terhadap pembelajaran matematik, sanis dan sebagainya melalui ”games”.
B.
SUKATAN PELAJARAN
1.
Mengenalkan
teknologi kepada kanak-kanak seperti tetikus dan sebagainya .
2.
Mengajar
cara menekan tetikus dan menaip ”keyboard”.
3.
Mengajar
kanak-kanak menggunakan ICT.
C.
PELAKSANAAN.
1.
Mengajar
kepada kanak-kanak tentang subjek matematik, sains dan sebagainya melalui ICT
seperti ”games”.
2.
Menggunakan
”slide” semasa mengajar kanak-kanak.
0 comments:
Post a Comment