>> Menyediakan satu sistem pendidikan awal yang bersepadu bagi melahirkan pelajar yang berilmu dan berakhlak serta berdaya saing.
: MISI TADIKA
>> Memperkasakan sistem pendidikan Islam di samping tuntutan semasa iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris dalam membentuk personaliti murid-murid di alaf baru supaya menjadi insan kamil bagi mencapai kejayaan dan kesejahteraan serta melahirkan murid-murid yang seimbang melalui penerapan nilai-nilai kerohanian dan intelektual.
: MATLAMAT
>> Menyuburkan potensi murid secara holistik berasaskan konsep JERIS.
: OBJEKTIF
>> Membina generasi berilmu, berakhlak mulia, beretika dan berjati diri untuk menjadi individu yang disegani dengan mengamalkan nilai-nilai Islam dan nilai-nilai murni.
>> Mengembangkan kemahiran berbahasa, berkomunikasi dan interaksi dalam pelbagai bahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)
>> Membentuk kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.
>> Meningkatkan kecerdasan dan kecergasan fizikal serta amalan kesihatan dan keselamatan yang baik ke arah penyuburan potensi diri yang maksimum.
0 comments:
Post a Comment