-->
skip to main | skip to sidebar

* * Selamat Datang ke Tadika Seringat * *

RSS
  • Home
  • About
  • Contact

****** LOGO TADIKA SERINGAT ******

Posted by tadikaseringat on Monday, 28 January 2013
/ Comments: (0)



*****   GRADUASI KANAK-KANAK *****


 20. 10. 2013 

Daisypath Graduation tickers



 LAGU TADIKA 








****** PERSEMBAHAN VIDEO ****** UNTUK PENGUNJUNG-PENGUNJUNG BLOG TADIKA SERINGAT

Posted by tadikaseringat
/ Comments: (0)






*********** BROSUR TADIKA *********** BORANG PENDAFTARAN KEMASUKAN

Posted by tadikaseringat
/ Comments: (0)

KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESAR


KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESAR

* DOWNLOAD DAN ISI BORANG UNTUK PENDAFTARAN



*** CARTA ORGANISASI KAKITANGAN ***

Posted by tadikaseringat
/ Comments: (0)
KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESAR

***** PAKAIAN TADIKA SERINGAT *****

Posted by tadikaseringat
/ Comments: (0)
 : PAKAIAN SERAGAM KANAK-KANAK LELAKI : 




 : PAKAIAN SERAGAM KANAK-KANAK PEREMPUAN : 




 : PAKAIAN SERAGAM SUKAN : 




********* LAGU KANAK-KANAK *********

Posted by tadikaseringat
/ Comments: (0)
 : LAGU TIGA KUPANG : 





 : LAGU BANGAU OH BANGAU : 






 : LAGU LOMPAT SI KATAK LOMPAT : 






 : LAGU CHAN MALI CHAN : 






 : LAGU BAPAKU PULANG DARI KOTA : 






 : LAGU IKAN KEKEK : 






 : LAGU TANYA SAMA POKOK : 




*********** PELAN TADIKA ***********

Posted by tadikaseringat
/ Comments: (0)
Ruangan luar tadika
 Ruangan dalam tadika


 -- laluan kecemasan 


Lokasi tadika 

**** KESELAMATAN LUAR TADIKA ****

Posted by tadikaseringat
/ Comments: (0)

KESELAMATAN RUANG LUAR TADIKA
  • Pintu pagar sentiasa ditutup dan dikunci.



*** KESELAMATAN DALAM TADIKA ***

Posted by tadikaseringat
/ Comments: (0)

KELAS
  • Persekitaran kelas yang selamat dengan pengudaraan yang baik dan ceria.
  • Bucu kerusi dan meja bulat.


RUANG BELAJAR DAN MAIN
  • Sudut perabot tidak tajam.
  • Saiz dan ketinggian perabot sesuai dengan kanak-kanak.
  • Keadaan perabot kukuh dan selamat/tidak membahayakan.


DAPUR TADIKA
  • Kawasan larangan kanak-kanak.
  • Peralatan dapur diselenggara dengan baik.



TANDAS KANAK-KANAK
  • Lantai tidak licin dan bersih.
  • Saiz jamban sesuai dengan fizikal kanak-kanak.



PETI PERTOLONGAN CEMAS
  • Disimpan di bilik pejabat.
  • Diperiksa dan dikemaskini setiap minggu.



TANDA KELUAR LAMPU KECEMASAN
  • Jenis kuasa tersendiri.
  • Diletakkan pada kedudukan yang senang dilihat oleh kakitangan tadika dan kanak-kanak.



PEMADAM API
  • Diletakkan di tempat yang selamat dan mudah dicapai guru.

******* KURIKULUM TAMBAHAN *******

Posted by tadikaseringat on Sunday, 27 January 2013
/ Comments: (0)

MATA PELAJARAN : ASUHAN MEMBACA AL-QURAN 

 A.           MATLAMAT 
Untuk memperkenalkan semua huruf-huruf hijaiyah, bentuk huruf dan sebutannya dan persediaan untuk membaca Al-Quran.

 B.           SUKATAN PELAJARAN 
Pembacaan menggunakan kaedah Iqra’ dari Buku 1 – Buku 6.

 C.           PELAKSANAAN. 
1. Murid-murid dikumpulkan dalam kumpulan lebih kecil dengan nisbah guru : murid maksima 1 : 5.

2.   Murid-murid dibekalkan dengan buku-buku Iqra’ 1-6.

3. Pembacaan dimulakan dengan buku 1 dan seterusnya 2, 3, 4, 5 dan 6 mengikut kemahiran.

4. Menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) seperti kad imbasan atau kemudahan ICT. Tulisan-tulisan yang besar dan jelas digunakan.

5. Aktiviti-aktiviti menambahkan kemahiran seperti penulisan dan menggunakan ‘plastisin’ bagi membentuk huruf-huruf.






MATA PELAJARAN : BAHASA CINA

 A.     MATLAMAT 
Untuk memperkenalkan dan mengajar murid-murid bahasa cina untuk kehidupan seharian.

 B.     SUKATAN PELAJARAN 
1. Mengenal diri sendiri – nama, jantina, umur dan anggota badan.
2. Mengenal warna-warna asas.
3. Mengenal angka 1-10 dalam Bahasa Cina.
4. Mengenal konsep saiz dan perbezaannya.
5. Konsep masa.

 C.    PELAKSANAAN. 
1.     Murid-murid dibekalkan dengan sebuah buku bahasa cina setiap seorang.
2.     Guru membaca dan kanak-kanak mengikut bacaan guru. Setelah seorang murid telah lancar bacaannya, barulah dipindahkan ke baca seseorang.
3.     Guru menyemak bacaan murid dan hafalan setiap daripada mereka supaya bacaan dan hafalan kanak-kanak adalah lancar.
4.     Guru akan pastikan kanak-kanak akan faham dan hafal setiap sebutan.




MATA PELAJARAN : ICT

 A.           MATLAMAT 
1.            Untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada asas-asas ICT.
2.            Menanam rasa minat dan cinta kanak-kanak kepada bidang ICT.
3.            Menanam minat kanak-kanak terhadap pembelajaran matematik, sanis dan sebagainya  melalui ”games”.

 B.           SUKATAN PELAJARAN 
1.            Mengenalkan teknologi kepada kanak-kanak seperti tetikus dan sebagainya .
2.            Mengajar cara menekan tetikus dan menaip ”keyboard”.
3.            Mengajar kanak-kanak menggunakan ICT.

 C.           PELAKSANAAN. 
1.            Mengajar kepada kanak-kanak tentang subjek matematik, sains dan sebagainya melalui ICT seperti ”games”.
2.            Menggunakan ”slide” semasa mengajar kanak-kanak.







******* KURIKULUM TADIKA *******

Posted by tadikaseringat
/ Comments: (0)


KOMPONEN                   : BAHASA DAN KOMUNIKASI
MATA PELAJARAN      : BAHASA MALAYSIA.


 A.   MATLAMAT 
Supaya kanak-kanak dapat menguasai kemahiran-kemahiran seperti berikut:
·         Kemahiran mendengar - kanak-kanak boleh membezakan
bunyi dan boleh memahami apa yang didengar.
·          Kemahiran bertutur - murid dapat menyebut bunyi dan
perkataan dengan betul serta dapat menyatakan pemikiran
dan perasaan mereka secara berkesan dan bertatasusila.
·         Kemahiran membaca - murid boleh mengucapkan apa
yang tertulis dan bercetak dan memahami makna
perkataan atau ayat yang dibaca.
·         Kemahiran menulis - murid dilatih untuk menguasai motor
halus sehingga boleh menuliskan huruf dan perkataan dan
seterusnya menulis ayat mudah.


 B.     SUKATAN PELAJARAN 

a)  LISAN :-
1. Membiasakan murid-murid dengan lafaz yang baik, seperti :
            - Selamat Pagi
            - Apa Khabar
            - Terima Kasih
            - Minta Maaf
2. Membezakan bunyi-bunyi :
            - Binatang
            - Kenderaan
            - Orang menangis.
3. Menamakan benda-benda maujud.
4. Menerangkan bentuk-bentuk asas, warna dan saiz.
5. Melakukan sesuatu permintaan yang mudah dengan bahasa yang betul dan tepat.

b)  BACAAN
1. Mengenal huruf-huruf mengikut bentuk yang seakan-akan sama.
            Contoh : b dan d, p dan q
2. Membunyikan suku kata-suku kata terbuka.
3. Membatang perkataan.
4. Membaca ayat mudah.

c)  TULISAN
1.    Latihan pergerakan tangan.
2.    Menguasai pergerakan tangan secara bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna.
3.    Latihan mata – dari kiri ke kanan / atas ke bawah.
4.    Koordinasi mata dan tangan.
5.    Menekap huruf-huruf yang diajar.
6.    Menulis bentuk-bentuk huruf.
7.    Menulis suku kata.
8.    Menulis perkataan mudah.




KOMPONEN             : PERKEMBANGAN KOGNITIF
MATA PELAJARAN : MATEMATIK

 A.           MATLAMAT 
1.            Memberi pengalaman kepada murid-murid mengenai konsep angka berasaskan pengalaman harian.
2.            Membolehkan murid-murid mendapat pengalaman mengenai persekitaran mereka dan hubungannya dengan angka.
3.            Membolehkan murid-murid mengenal bentuk-bentuk dalam matematik berasaskan pengalaman harian.
4.             Berfikir secara logik-matematik melalui manipulasi objek secara konkrit;

 B.           SUKATAN PELAJARAN 
1. Mengenal 1-10 (termasuk menulis angka-angka tersebut).
2. Mengenal bentuk-bentuk geometri.
3. Konsep saiz dan ukuran.
4. Konsep siri.
5. Konsep nilai.
6. Konsep tambah atau tolak dengan nilai 1-10.

 C.           PELAKSANAAN 
1.            Menyediakan benda-benda yang sama jenis – untuk konsep pengajaran himpunan set.
2.            Mengajar saiz : besar, kecil, panjang, pendek, tinggi dan rendah.
3.            Mengajar konsep nilai dengan menunjukkan kad-kad imbasan yang mempunyai nilai-nilai tertentu.
4.            Mengajar konsep tambah dan tolak dengan cara menggunakan benda-benda maujud dan kad-kad angka.





KOMPONEN             : PERKEMBANGAN KOGNITIF
MATA PELAJARAN            : ASAS SAINS


 A.           MATLAMAT. 

1.            Memperkenalkan konsep sains dan fungsinya dalam alam sekitar dengan   

perbuatan manusia.

2. Memperkenalkan konsep membesar dan mengecil.

3. Memperkenalkan konsep panas, sejuk, kering basah dan alam sekitar.

4. Memperkenalkan tempat tinggal manusia dan haiwan.

5. Memperkenalkan makanan manusia.

6. Memperkembangkan sikap ingin tahu dan suka menyiasat kanak-kanak

7. Memperkembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kehidupan  

    seharian.



 B.           SUKATAN PELAJARAN. 

1.            Kecil dan besar dalam alam sekitar (bumi, langit, air, tanah dan sebagainya) dan ‘man-made-environment’.

2.            Prinsip membesar.

3.            Panas, sejuk, kering dan basah.
4.            Tempat tinggal manusia, haiwan dan perbezaan-perbezaannya.
5.            Makanan manusia – jenis-jenis makanan, proses pemakanan.
6.            Bagi kanak-kanak untuk mengkaji sesuatu experiment.

 C.           PELAKSANAAN. 
1.            Gunakan alam sekitar prasekolah untuk menerangkan konsep saiz atau gambar-gambar benda hidup yang berbeza saiz.
2.            Prinsip membesar – tumbesaran biji benih (melalui ujikaji).
3.            Panas dan sejuk – gunakan ais dan air. Gunakan jangkasuhu untuk melihat perbezaan suhu.
4.            Cuaca – gambar-gambar di musim panas, kering dan atau hujan dan terangkan aktiviti-aktiviti di musim-musim yang tertentu ini.
5.            Gunakan gambar-gambar untuk menerangkan tempat-tempat tinggal manusia berbagai-bagai jenis tempat tinggal.

6.            Makanan – bahagikan makanan yang boleh didapati dari binatang dan dari tumbuhan.






KOMPONEN             : KREATIVITI DAN ESTETIKA
MATA PELAJARAN            : SENI VISUAL



 A.           MATLAMAT 

·                     Menikmati keindahan alam melalui persembahan kreatif;

·                     Menggunakan bahan semula jadi dan kitar semula secara kreatif

·                     Melahirkan peasaan secara kreatif; dan

·                     Menghargai warisan budaya.



 B.           SUKATAN PELAJARAN 
1.            Lukisan
2.            Catan
3.            Kolaj
4.            Cetakan
5.            Capan
6.            Lipatan dan guntingan
7.            Lipatan dan celupan
8.            Drama
9.            Muzik, nyanyian dan pergerakan kreatif

 C.           PELAKSANAAN 

1.            Teknik yang digunakan untuk pengajaran adalah mengikut daya kreativiti guru-guru.





KOMPONEN             : BAHASA DAN KOMUNIKASI
MATA PELAJARAN            : BAHASA INGGERIS.


 A.           MATLAMAT 

Memperkenalkan dan mengajar asas Bahasa Inggeris supaya dapat digunakan pada masa hadapan.



 B.           SUKATAN PELAJARAN. 

1.            Mengenal diri sendiri – nama, jantina, umur dan anggota badan.

2.            Mengenal warna-warna asas.

3.            Mengenal angka 1-10 dalam Bahasa Inggeris.

4.            Mengenal konsep saiz dan perbezaannya.
5.            Konsep masa.

 C.           PELAKSANAAN. 
1.            Dalam mata pelajaran ini, guru boleh menggunakan teknik :
i. Lisan.
ii. Kad-kad imbasan atau benda-benda di sekeliling prasekolah.
iii. Slide show.
iv. Lakonan.
2.            Teknik yang digunakan bergantung kepada kebolehan murid-murid sama ada cepat atau lambat menerima pengajaran.






KOMPONEN             : PENDIDIKAN KEROHANIAN DAN MORAL
MATA PELAJARAN            : PENDIDIKAN ISLAM



 A.           MATLAMAT  

1.            Membekalkan murid dengan pengetahuan asas Islam dalam agama yang merangkumi ilmu Tauhid, Fiqah, Tasawwuf dan Sejarah Islam.

2.            Menanamkan rasa cinta dan taat kepada Allah serta mewujudkan rasa hubungan langsung dengan-Nya dalam setiap perlakuan di dunia.

3.            Memahamkan murid akan hubungan manusia dan alam dengan Pencipta serta kaitan kehidupan di dunia dengan akhirat.

4.            Membina peribadi mukmin yang beriman, bertaqwa, berilmu, berakhlak mulia dan beramal soleh kerana Allah semata-mata.

5.            Memastikan murid mengamalkan adab-adab serta cara hidup Islam yang syumul dengan mengambilnya dari sumber-sumber Islam, terutama Al-Quran dan Al-Hadis.

6.            Menyuburkan rasa cinta dan kasih kepada Nabi Muhammad melalui penceritaan riwayat hidup dan sifat-sifat baginda yang terpuji.

7.            Menjadikan Nabi Muhammad dan sunnah baginda sebagai model untuk diteladani dalam segenap aspek kehidupan.



 B.           SUKATAN PELAJARAN 
1. Aqidah (merangkumi Rukun Iman dan Rukun Islam)
2. Ibadah
3. Akhlak
4. Sirah

 C.           PELAKSANAAN 
1.            Guru membacakan serta menerangkan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah yang berkaitan dengan pelajaran Aqidah, Ibadah, Akhlak dan Sirah.
2.            Guru mengajar dan melatih murid melakukan ibadah-ibadah khusus dan sunat dalam Islam, secara individu dan kumpulan.
3.            Murid mempraktikkan cara berwudhuk dengan sempurna dan solat secara berjemaah.
4.            Murid berlatih membaca doa-doa tertentu selepas solat, wirid/zikir dan doa-doa harian sehingga lancar, secara individu dan secara beramai-ramai.
5.            Guru menjelaskan sifat-sifat Allah swt, sifat-sifat Rasul dan perkara-perkara sam’iyyat menerusi cerita-cerita yang bersesuain dengan tahap murid.
6.            Murid menghafal Rukun Iman, Rukun Islam, 99 nama Allah swt, nama-nama 25 Rasul, sifat-sifat Allah dan sebagainya melalui nasyid yang diajar oleh guru.
7.            Guru menceritakan riwayat hidup Rasulullah dan sifat-sifat terpuji baginda yang patut diamalkan oleh setiap muslim.
8.            Guru mendidik murid berakhlak mulia dengan menerangkan adab-adab dalam Islam, sifat-sifat mahmudah dan mazmumah melalui contoh-contoh khusus, gambar-gambar, cerita-cerita agama dan kisah-kisah teladan yang menarik.
9.            Murid-murid melakonkan watak-watak yang bersifat mahmudah atau mazmumah dengan bimbingan guru (main peranan).
10.         Guru dan murid sama-sama mempraktikkan sunnah Nabi/cara hidup Islam sekadar termampu.
11.         Guru menguji kefahaman dan ingatan murid menerusi sesi soal jawab dan pelbagai latihan.





KOMPONEN             : PENDIDIKAN KEROHANIAN DAN MORAL

MATA PELAJARAN            : PENDIDIKAN MORAL



 A. MATLAMAT          

i. Memahami dan menyatakan nilai-nilai murni masyarakat

   Malaysia

ii. Mengamalkan tabiat dan perlakuan yang bermoral dalam kehidupan   

    seharian

iii. Menyatakan sebab sesuatu keputusan dan tindakan dibuat.



 B.SUKATAN PELAJARAN 
1. Menjaga kebersihan fizikal dan mental
2. Mengamalkan sifat rajin
3. Menjaga kehormatan diri
4. Memupuk kasih sayang
5. Memupuk kejujuran
6. Mengamalkan sikap berdikari
7. Memupuk semangat keberanian
8. Memupuk sikap baik hati
9. Berlaku adil
10. Memupuk sikap berdisiplin
11. Memupuk sikap sabar
12. Menunjukkan sikap kasih sayang terhadap keluarga
13. Hormat dan taat kepada anggota keluarga
14. Bertanggungjawab terhadap keluarga
15. Hormat dan menghormati
16. Semangat bermasyarakat
17. Bertolak ansur dalam masyarakat
18. Menjaga kebersihan dan keindahan persekitaran
19. Menyayangi alam sekitar
20. Hormat dan setia kepada Raja dan pemimpin Negara
21. Patuh kepada peraturan dan undang-undang
22. Cintakan Negara
23. Mengekalkan keamanan dan perpaduan

 C.PELAKSANAAN 
1.    Mengajar nilai moral melalui bercerita.
2.    Mengajar melalui pengalaman kanak-kanak.
3.    Memberi contoh nilai moral.
Memberi latihan tentang nalai moral.
Newer Posts Older Posts Home
Starry Sun

hai.. jom jelajah ツ

MAKLUMAT TADIKA

  • ▼ 2013 (14)
    • ▼ January (14)
      • ****** LOGO TADIKA SERINGAT ******
      • ****** PERSEMBAHAN VIDEO ****** UNTUK PENGU...
      • *********** BROSUR TADIKA *********** BORANG PENDA...
      • *** CARTA ORGANISASI KAKITANGAN ***
      • ***** PAKAIAN TADIKA SERINGAT *****
      • ********* LAGU KANAK-KANAK *********
      • *********** PELAN TADIKA ***********
      • **** KESELAMATAN LUAR TADIKA ****
      • *** KESELAMATAN DALAM TADIKA ***
      • ******* KURIKULUM TAMBAHAN *******
      • ******* KURIKULUM TADIKA *******
      • *********** JADUAL BELAJAR ***********
      • ************ SARAPAN PAGI *************
      • ********* MAKAN TENGAH HARI *********

: JAM BLOG TS

Cuteki cat lucky

: KALENDER 2013 TS

Cuteki your avatar

: LOGO TADIKA

: LOGO TADIKA

: VISI TADIKA

>> Menyediakan satu sistem pendidikan awal yang bersepadu bagi melahirkan pelajar yang berilmu dan berakhlak serta berdaya saing.

: MISI TADIKA

>> Memperkasakan sistem pendidikan Islam di samping tuntutan semasa iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris dalam membentuk personaliti murid-murid di alaf baru supaya menjadi insan kamil bagi mencapai kejayaan dan kesejahteraan serta melahirkan murid-murid yang seimbang melalui penerapan nilai-nilai kerohanian dan intelektual.

: MATLAMAT

>> Menyuburkan potensi murid secara holistik berasaskan konsep JERIS.

: OBJEKTIF

>> Membina generasi berilmu, berakhlak mulia, beretika dan berjati diri untuk menjadi individu yang disegani dengan mengamalkan nilai-nilai Islam dan nilai-nilai murni.

>> Mengembangkan kemahiran berbahasa, berkomunikasi dan interaksi dalam pelbagai bahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)

>> Membentuk kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.

>> Meningkatkan kecerdasan dan kecergasan fizikal serta amalan kesihatan dan keselamatan yang baik ke arah penyuburan potensi diri yang maksimum.

: PAKAIAN SERAGAM

Pakaian rasmi seperti di bawah:

>> seragam lelaki

>> seragam lelaki

>> seragam gadis

>> seragam gadis

: PAKAIAN SUKAN

: PAKAIAN SUKAN
Powered by Blogger.
 
Copyright 2009 * * Selamat Datang ke Tadika Seringat * * All rights reserved | Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress Theme by EZwpthemes